Tuesday 1 May 2012

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN



Tarikh/Hari   : 27 April 2011 (Jumaat)                                   Masa : 11.30 pagi -12.00pagi
Kelas            : 5 Mithali                                                          Bil. Pelajar : 38 orang
M/Pelajaran  : Bahasa Melayu
Tajuk            : Sayangi Alam
Objektif        : Pada akhir pelajaran murid-murid dapat :
                       1   Membaca lancar pantun dengan sebutan, intonasi dan gaya
                             penyampaian yang menarik.
                       2.   Mengemukakan pendapat tentang mesej dan nilai yang
                             terdapat dalam sajak.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid biasa mendengar pantun.
Konsep       :  Penjagaan alam sekitar tanggungjawab bersama
Bahan         :  LCD,  lembaran kerja
Nilai            :  Tanggungjawab, kebersihan, sayangi alam sekitar

Kemahiran :  Fokus utama
                        11.2 Aras 1(ii)  Mennyatakan mesej dan nilai yang terdapat dalam bahan.
                                                Fokus sampingan
                        5.2 Aras 2 (i)    Membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan
                                                 sebutan dan intonasi yang betul serta gaya yang sesuai.



Langkah/Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran/Pembelajaran

Catatan



Aktiviti Guru

Aktiviti Murid
   Set Induksi
      (4 minit)
1.Mendengar lagu “Dodoi Suriram”.


Soalan :
Lagu apa yang kamu dengar?
Apakah unsur puisi yang terdapat dalam lagu itu?
Jawapan:
Suriram
Pantun
1.Guru memasang lagu  menggunakan LCD.

2.Guru mengajukan soalan kepada murid.


3.Guru mengaitkan lagu dan pantun dengan tajuk pelajaran pada hari itu iaitu “Sayangi Alam”


1.Murid mendengar lagu.



2. Murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru
KB
Menghubungkan dan mencirikan.

KB : Kritis dan kreatif

BBM: LCD

Ilmu: Kajian
Tempatan

BCB: Mendengar Aktif






Perkembangan
           1
    (7 minit)
1.Membaca pantun secara senyap



2.Melafazkan pantun “Sayangi Alam”
(lampiran 1)


1.Guru menayangkan teks  kepada pelajar menggunakan LCD.

2.Guru meminta murid melafazkan pantun dengan suara yang lantang dan sebutan
yang betul.

3.Guru membimbing murid melafazkan pantun.

4.Guru membetulkan kesalahan intonasi dan sebutan murid.



1.Murid diminta untuk membaca teks pantun secara senyap.


2. Murid melafazkan pantun  secara individu.




3. Murid melafazkan pantun secara kumpulan.


4.Murid mendengar ulasan dan teguran guru



KB: bertutur dan mendengar

BCB: mendengar aktif

BBM: teks

Ilmu: Puisi.














Perkembangan
          2
   (10 minit)

1. Membuat perbincangan dalam kumpulan.




Soalan :
Apakah mesej dan pengajaran yang terdapat dalam pantun?

2.Pembentang-an kumpulan

1. Guru membahagikan pelajar kepada 6 kumpulan mengikut pelbagai aras kebolehan.


2. Guru memberi arahan kepada murid untuk menjalankan perbincangan dalam kumpulan.

3. Wakil setiap kumpulan diminta membaca dan
membentangkan hasil perbincangan kumpulan.

4. Guru memberikan ulasan dan peneguhan terhadap jawapan murid.


1. Murid membincangkan tentang mesej dan pengajaran yang terdapat dalam pantun.


2. Wakil kumpulan menyampaikan hasil perbincangan




3. Murid diminta mencatatkan hasil perbincangan dalam borang pengurusan grafik yang disediakan.


KP : Interpersonal









































Perkembangan
         3
    (5 minit)

1.Menjawab soalan secara bertulis.

1.Guru mengedarkan soalan latihan kepada murid.

2. Guru mengumpulkan kertas jawapan murid.

1.Murid-murid menjawab soalan.

Penutup
     (4 minit)
1. Menyanyi lagu Suriram dengan memasukkan pantun-pantun yang baru dipelajari..



1. Guru membimbing murid menyanyi bersama-sama.


1. Murid-murid menyanyi dan bertepuk tangan bersama-sama.

Sunday 29 April 2012

PANTUN TEKA-TEKI

Pantun jenis ini menggambarkan unsur pendidikan dalam masyarakat Melayu. Di samping nasihat-menasihati, mereka digalakkan memerhati alam semesta, menghayati kejadian Tuhan dan mencari jawapan kepada perkara-perkara yang tersembunyi.

         Kebanyakan pantun jenis ini ditujukan kepada kanak-kanak. Mereka diajukan teka-teki untuk menguji ketajaman fikiran. Jika ditujukan kepada kumpulan, dapatlah mereka berlumba-lumba untuk mencari jawapan.


         Cuba teka jawapan pantun ini:

         (a)    Pohon bidara di istana puri
                         Tinggi menjulang  tidak terkisah
                 Kalau tuan bijak bistari                                                  
                         Apakah tulang rendam tak basah                                                      

         (b)    Pokok ditebang diambil umbut
                         Umbut dimasak menjadi rendang
                 Apakah dipijak terasa lembut
                         Sejuk pula mata memandang                                                               

         (c)    Tuai padi  bulan lapan
                         Padi disimpan dalam kepuknya
                 Wahai adik berilah jawapan
                         Sudah menyambar menitis sahabatnya                                                

Thursday 26 April 2012

PANTUN NASIHAT

Dalam masyarakat Melayu, nasihat-menasihati dilakukan secara halus dan bersopan santun agar yang menerima nasihat tidak berasa hati. Lazimnya orang yang lebih tua akan menegur orang yang lebih muda dalam suasana yang bersahaja tetapi mesra. Dengan ini, perhubungan akan menjadi lebih erat kerana yang lebih tua mengambil berat akan kebajikan mereka.

   Contoh:

          a)  Pergi belayar ke Pulau Bekal,
                   Bawa seraut dua tiga,
              Kalau kail panjang sejengkal,
                   Jangan laut hendak diduga.

          b)  Gunung Tahan sama didaki,
                   Sungai Pahang sama direnang,
              Jikalau semua bersatu hati,
                   Kerja yang payanh menjadi senang.

Friday 13 April 2012

LANGKAH-LANGKAH MENGARANG PANTUN

Guru boleh menggalakkan murid-murid yang berbakat mengarang pantun secara spontan. Mereka boleh merujuk pantun-pantun yang telah diketahui umum untuk meneliti pemilihan kata-kata yang bernas, di samping skema rimanya yang berselang antara pembayang dengan maksud pantun. Tema yang boleh digunakan adalah tentang kehidupan alam kanak-kanak atau masyarakat di sekeliling. Keindahan pantun terletak pada kepadatan isi serta kehalusan bahasa yang digunakan. Perkaitan dari segi bunyi kata-kata yang digunakan perlu ada dalam pembayang dan juga maksud. Lihat contoh-contoh yang di bawah ini:


     Berburu di padang datar                                            (a)
        Dapat rusa belang kaki                                           (b)
     Berguru kepalang  ajar                                               (a)
        Bagai bunga kembang tak jadi                                 (b)


     Buah langsat kuning mencelah                                     (a)
        Senduduk tidak berbunga lagi                                  (b)
     Sudah dapat gading bertuah                                        (a)
        Tanduk tidak berguna lagi                                        (b)


     Timang tinggi-tinggi                                                  (a)
        Sampai cucur atap                                                   (b)
     Belum tumbuh gigi                                                      (a)
        Sudah pandai baca kitab                                          (b)


Dalam aktiviti menulis, guru boleh menggalakkan murid mengarang pantun secara berperingkat-peringkat. Langkah-langkah yang berikut dicadangkan bagi murid-murid di sekolah rendah.


a)  Tentukan isi/tema pantun.
b)  Tuliskan maksud pantun dalam dua baris (tidak semestinya ayat yang lengkap, memadai patinya sahaja).
c)  Isikan dua baris pembayang maksud.
d)  Jadikan pembayang maksud dan maksud sebagai satu keseluruhan.


     Perlu diingat pantun yang baik mempunyai rima berselang yang sama dan bahasa yang indah. Suku kata yang membentuk rima yang sama sebaik-baiknya biarlah tepat.


   Lihat contoh berikut:


          Untuk pintu, gunakan perkataan yang mempunyai suku kata 'tu' juga di hujung,
          seperti : kutu, satu, batu, ratu
          bukan : susu, lucu, dagu

          Untuk bara, gunakan sara, mara
          bukan : rasa, baca, cuba
a