Pantun jenis ini menggambarkan unsur pendidikan dalam masyarakat Melayu. Di samping nasihat-menasihati, mereka digalakkan memerhati alam semesta, menghayati kejadian Tuhan dan mencari jawapan kepada perkara-perkara yang tersembunyi.
Kebanyakan pantun jenis ini ditujukan kepada kanak-kanak. Mereka diajukan teka-teki untuk menguji ketajaman fikiran. Jika ditujukan kepada kumpulan, dapatlah mereka berlumba-lumba untuk mencari jawapan.
Cuba teka jawapan pantun ini:
(a) Pohon bidara di istana puri
Tinggi menjulang tidak terkisah
Kalau tuan bijak bistari
Apakah tulang rendam tak basah
(b) Pokok ditebang diambil umbut
Umbut dimasak menjadi rendang
Apakah dipijak terasa lembut
Sejuk pula mata memandang
(c) Tuai padi bulan lapan
Padi disimpan dalam kepuknya
Wahai adik berilah jawapan
Sudah menyambar menitis sahabatnya
Sunday, 29 April 2012
Thursday, 26 April 2012
PANTUN NASIHAT
Dalam masyarakat Melayu, nasihat-menasihati dilakukan secara halus dan bersopan santun agar yang menerima nasihat tidak berasa hati. Lazimnya orang yang lebih tua akan menegur orang yang lebih muda dalam suasana yang bersahaja tetapi mesra. Dengan ini, perhubungan akan menjadi lebih erat kerana yang lebih tua mengambil berat akan kebajikan mereka.
Contoh:
a) Pergi belayar ke Pulau Bekal,
Bawa seraut dua tiga,
Kalau kail panjang sejengkal,
Jangan laut hendak diduga.
b) Gunung Tahan sama didaki,
Sungai Pahang sama direnang,
Jikalau semua bersatu hati,
Kerja yang payanh menjadi senang.
Contoh:
a) Pergi belayar ke Pulau Bekal,
Bawa seraut dua tiga,
Kalau kail panjang sejengkal,
Jangan laut hendak diduga.
b) Gunung Tahan sama didaki,
Sungai Pahang sama direnang,
Jikalau semua bersatu hati,
Kerja yang payanh menjadi senang.
Friday, 13 April 2012
LANGKAH-LANGKAH MENGARANG PANTUN
Guru boleh menggalakkan murid-murid yang berbakat mengarang pantun secara spontan. Mereka boleh merujuk pantun-pantun yang telah diketahui umum untuk meneliti pemilihan kata-kata yang bernas, di samping skema rimanya yang berselang antara pembayang dengan maksud pantun. Tema yang boleh digunakan adalah tentang kehidupan alam kanak-kanak atau masyarakat di sekeliling. Keindahan pantun terletak pada kepadatan isi serta kehalusan bahasa yang digunakan. Perkaitan dari segi bunyi kata-kata yang digunakan perlu ada dalam pembayang dan juga maksud. Lihat contoh-contoh yang di bawah ini:
Berburu di padang datar (a)
Dapat rusa belang kaki (b)
Berguru kepalang ajar (a)
Bagai bunga kembang tak jadi (b)
Buah langsat kuning mencelah (a)
Senduduk tidak berbunga lagi (b)
Sudah dapat gading bertuah (a)
Tanduk tidak berguna lagi (b)
Timang tinggi-tinggi (a)
Sampai cucur atap (b)
Belum tumbuh gigi (a)
Sudah pandai baca kitab (b)
Dalam aktiviti menulis, guru boleh menggalakkan murid mengarang pantun secara berperingkat-peringkat. Langkah-langkah yang berikut dicadangkan bagi murid-murid di sekolah rendah.
a) Tentukan isi/tema pantun.
b) Tuliskan maksud pantun dalam dua baris (tidak semestinya ayat yang lengkap, memadai patinya sahaja).
c) Isikan dua baris pembayang maksud.
d) Jadikan pembayang maksud dan maksud sebagai satu keseluruhan.
Perlu diingat pantun yang baik mempunyai rima berselang yang sama dan bahasa yang indah. Suku kata yang membentuk rima yang sama sebaik-baiknya biarlah tepat.
Lihat contoh berikut:
Untuk pintu, gunakan perkataan yang mempunyai suku kata 'tu' juga di hujung,
seperti : kutu, satu, batu, ratu
bukan : susu, lucu, dagu
Untuk bara, gunakan sara, mara
bukan : rasa, baca, cuba
Berburu di padang datar (a)
Dapat rusa belang kaki (b)
Berguru kepalang ajar (a)
Bagai bunga kembang tak jadi (b)
Buah langsat kuning mencelah (a)
Senduduk tidak berbunga lagi (b)
Sudah dapat gading bertuah (a)
Tanduk tidak berguna lagi (b)
Timang tinggi-tinggi (a)
Sampai cucur atap (b)
Belum tumbuh gigi (a)
Sudah pandai baca kitab (b)
Dalam aktiviti menulis, guru boleh menggalakkan murid mengarang pantun secara berperingkat-peringkat. Langkah-langkah yang berikut dicadangkan bagi murid-murid di sekolah rendah.
a) Tentukan isi/tema pantun.
b) Tuliskan maksud pantun dalam dua baris (tidak semestinya ayat yang lengkap, memadai patinya sahaja).
c) Isikan dua baris pembayang maksud.
d) Jadikan pembayang maksud dan maksud sebagai satu keseluruhan.
Perlu diingat pantun yang baik mempunyai rima berselang yang sama dan bahasa yang indah. Suku kata yang membentuk rima yang sama sebaik-baiknya biarlah tepat.
Lihat contoh berikut:
Untuk pintu, gunakan perkataan yang mempunyai suku kata 'tu' juga di hujung,
seperti : kutu, satu, batu, ratu
bukan : susu, lucu, dagu
Untuk bara, gunakan sara, mara
bukan : rasa, baca, cuba
a
Sunday, 1 April 2012
APAKAH PANTUN?
Pantun ialah sejenis puisi Melayu yang mempunyai bentuk tertentu, iaitu pantun dua baris atau empat baris yang biasanya berpasangan antara pembayang dengan maksud. Sekiranya pantun itu serangkap empat baris, maka dua baris pertama pembayang dan dua baris kemudiannya maksud. Semua baris pantun mempunyai skema rima akhir yang berselang iaitu ab ab. Teliti contoh di bawah ini:
Pinang muda jangan disalai (rima a)
Jika disalai isinya binasa (rima b)
Orang muda janganlah dilalai (rima a)
Jika lalai badan terseksa (rima b)
Contoh pantun berkait
Ka-yu cen-da-na di-bu-at pin-tu (10 suku kata)
Ja-di-kan ru-mah in-dah be-la-ka (10 suku kata)
Ka-lau ki-ta ban-tu mem-ban-tu ( 9 suku kata)
Hi-dup se-nang o-rang pun su-ka ( 9 suku kata)
*Ja-di-kan ru-mah in-dah be-la-ka (pembayang yang diulang)
= Ka-lau di-u-kir se-ba-ik mung-kin (pembayang baru)
*Hi-dup se-nang o-rang pun su-ka (maksud yang diulang)
# Ja-ngan sing-kir hi-na yang mis-kin (maksud baru)
= Ka-lau di-u-kir se-ba-ik mung-kin (pembayang yang diulang)
Se-dap di-pan-dang fi-ki-ran te-nang (pembayang baru)
# Ja-ngan sing-kir hi-na yang mis-kin (maksud yang diulang)
= Bu-di yang ba-ik pas-ti di-ke-nang (maksud baru)
Berdasarkan contoh tersebut, pantun berkait sebenarnya ialah pantun empat kerat. Setiap rangkap mempunyai suatu kaitan binaan yang saling berkait, baik dari segi pembayang mahupun dari segi maksud. Selain perkaitan yang tersebut di atas, pantun berkait juga mempunyai tema yang sama. Di sini, kita mendapati bahawa pantun yang mempunyai jumlah baris yang banyak, sama ada enam baris serangkap atau enam belas baris serangkap, terbentuk daripada pantun empat baris serangkap juga.
Subscribe to:
Posts (Atom)