MARI BERPANTUN
Sunday, 13 May 2012
Tuesday, 1 May 2012
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Tarikh/Hari   : 27 April 2011 (Jumaat)                                   Masa : 11.30 pagi -12.00pagi 
Kelas            : 5 Mithali                                                          Bil. Pelajar : 38 orang
M/Pelajaran  : Bahasa Melayu
Tajuk            : Sayangi Alam
Objektif        : Pada akhir pelajaran murid-murid dapat :
                       1   Membaca lancar pantun dengan sebutan, intonasi dan gaya 
                             penyampaian yang menarik.
                       2.   Mengemukakan pendapat tentang mesej dan nilai yang 
                             terdapat dalam sajak.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid biasa mendengar pantun.
Konsep       :  Penjagaan alam sekitar tanggungjawab bersama
Bahan         :  LCD,  lembaran kerja 
Nilai            :  Tanggungjawab, kebersihan, sayangi alam sekitar
Kemahiran :  Fokus utama
                        11.2 Aras 1(ii)  Mennyatakan mesej dan nilai yang terdapat dalam bahan.
                                                Fokus sampingan
                        5.2 Aras 2 (i)    Membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan
                                                 sebutan dan intonasi yang betul serta gaya yang sesuai. 
| 
Langkah/Masa | 
Isi Pelajaran | 
Aktiviti   Pengajaran/Pembelajaran | 
Catatan | |
| 
Aktiviti Guru | 
Aktiviti   Murid | |||
| 
   Set   Induksi 
      (4 minit) | 
1.Mendengar lagu “Dodoi Suriram”. 
Soalan : 
Lagu apa yang   kamu dengar? 
Apakah unsur puisi yang terdapat dalam lagu itu? 
Jawapan:  
Suriram 
Pantun | 
1.Guru memasang lagu  menggunakan LCD. 
2.Guru mengajukan soalan kepada murid. 
3.Guru mengaitkan lagu dan pantun   dengan tajuk pelajaran pada hari itu iaitu “Sayangi Alam” | 
1.Murid mendengar lagu. 
2. Murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru | 
KB 
Menghubungkan dan mencirikan. 
KB : Kritis dan kreatif 
BBM: LCD 
Ilmu: Kajian 
Tempatan 
BCB: Mendengar Aktif | 
| 
Perkembangan 
           1 
    (7 minit) | 
1.Membaca   pantun secara senyap 
2.Melafazkan   pantun “Sayangi Alam”  
(lampiran 1) | 
1.Guru   menayangkan teks  kepada pelajar   menggunakan LCD. 
2.Guru   meminta murid melafazkan pantun dengan suara yang lantang dan sebutan  
yang betul. 
3.Guru membimbing   murid melafazkan pantun. 
4.Guru membetulkan   kesalahan intonasi dan sebutan murid. | 
1.Murid   diminta untuk membaca teks pantun secara senyap. 
2. Murid melafazkan   pantun  secara individu. 
3. Murid melafazkan pantun secara kumpulan. 
4.Murid mendengar ulasan dan teguran guru | 
KB: bertutur dan mendengar 
BCB: mendengar aktif 
BBM: teks 
Ilmu: Puisi. | 
| 
Perkembangan 
          2 
   (10 minit) | 
1. Membuat perbincangan dalam kumpulan. 
Soalan : 
Apakah mesej dan pengajaran yang terdapat dalam pantun? 
2.Pembentang-an kumpulan | 
1. Guru membahagikan pelajar kepada 6 kumpulan mengikut   pelbagai aras kebolehan. 
2. Guru memberi arahan kepada murid untuk menjalankan   perbincangan dalam kumpulan.  
3. Wakil setiap kumpulan diminta membaca dan  
membentangkan hasil perbincangan kumpulan. 
4. Guru memberikan ulasan dan peneguhan terhadap jawapan   murid. | 
1. Murid membincangkan tentang mesej dan pengajaran   yang terdapat dalam pantun. 
2. Wakil kumpulan menyampaikan hasil perbincangan 
3. Murid diminta mencatatkan hasil perbincangan dalam   borang pengurusan grafik yang disediakan. | 
KP : Interpersonal | 
| 
Perkembangan 
         3 
    (5 minit) | 
1.Menjawab   soalan secara bertulis. | 
1.Guru mengedarkan soalan latihan kepada murid. 
2. Guru mengumpulkan kertas jawapan murid. | 
1.Murid-murid menjawab soalan. | |
| 
Penutup 
     (4 minit) | 
1. Menyanyi lagu Suriram dengan memasukkan   pantun-pantun yang baru dipelajari..  | 
1. Guru membimbing murid menyanyi bersama-sama. | 
1. Murid-murid menyanyi dan bertepuk tangan   bersama-sama. | |
Sunday, 29 April 2012
PANTUN TEKA-TEKI
Pantun jenis ini menggambarkan unsur pendidikan dalam masyarakat Melayu. Di samping nasihat-menasihati, mereka digalakkan memerhati alam semesta, menghayati kejadian Tuhan dan mencari jawapan kepada perkara-perkara yang tersembunyi.
Kebanyakan pantun jenis ini ditujukan kepada kanak-kanak. Mereka diajukan teka-teki untuk menguji ketajaman fikiran. Jika ditujukan kepada kumpulan, dapatlah mereka berlumba-lumba untuk mencari jawapan.
Cuba teka jawapan pantun ini:
(a) Pohon bidara di istana puri
Tinggi menjulang tidak terkisah
Kalau tuan bijak bistari
Apakah tulang rendam tak basah
(b) Pokok ditebang diambil umbut
Umbut dimasak menjadi rendang
Apakah dipijak terasa lembut
Sejuk pula mata memandang
(c) Tuai padi bulan lapan
Padi disimpan dalam kepuknya
Wahai adik berilah jawapan
Sudah menyambar menitis sahabatnya
Kebanyakan pantun jenis ini ditujukan kepada kanak-kanak. Mereka diajukan teka-teki untuk menguji ketajaman fikiran. Jika ditujukan kepada kumpulan, dapatlah mereka berlumba-lumba untuk mencari jawapan.
Cuba teka jawapan pantun ini:
(a) Pohon bidara di istana puri
Tinggi menjulang tidak terkisah
Kalau tuan bijak bistari
Apakah tulang rendam tak basah
(b) Pokok ditebang diambil umbut
Umbut dimasak menjadi rendang
Apakah dipijak terasa lembut
Sejuk pula mata memandang
(c) Tuai padi bulan lapan
Padi disimpan dalam kepuknya
Wahai adik berilah jawapan
Sudah menyambar menitis sahabatnya
Thursday, 26 April 2012
PANTUN NASIHAT
Dalam masyarakat Melayu, nasihat-menasihati dilakukan secara halus dan bersopan santun agar yang menerima nasihat tidak berasa hati. Lazimnya orang yang lebih tua akan menegur orang yang lebih muda dalam suasana yang bersahaja tetapi mesra. Dengan ini, perhubungan akan menjadi lebih erat kerana yang lebih tua mengambil berat akan kebajikan mereka.
Contoh:
a) Pergi belayar ke Pulau Bekal,
Bawa seraut dua tiga,
Kalau kail panjang sejengkal,
Jangan laut hendak diduga.
b) Gunung Tahan sama didaki,
Sungai Pahang sama direnang,
Jikalau semua bersatu hati,
Kerja yang payanh menjadi senang.
Contoh:
a) Pergi belayar ke Pulau Bekal,
Bawa seraut dua tiga,
Kalau kail panjang sejengkal,
Jangan laut hendak diduga.
b) Gunung Tahan sama didaki,
Sungai Pahang sama direnang,
Jikalau semua bersatu hati,
Kerja yang payanh menjadi senang.
Friday, 13 April 2012
LANGKAH-LANGKAH MENGARANG PANTUN
Guru boleh menggalakkan murid-murid yang berbakat mengarang pantun secara spontan. Mereka boleh merujuk pantun-pantun yang telah diketahui umum untuk meneliti pemilihan kata-kata yang bernas, di samping skema rimanya yang berselang antara pembayang dengan maksud pantun. Tema yang boleh digunakan adalah tentang kehidupan alam kanak-kanak atau masyarakat di sekeliling. Keindahan pantun terletak pada kepadatan isi serta kehalusan bahasa yang digunakan. Perkaitan dari segi bunyi kata-kata yang digunakan perlu ada dalam pembayang dan juga maksud. Lihat contoh-contoh yang di bawah ini:
Berburu di padang datar (a)
Dapat rusa belang kaki (b)
Berguru kepalang ajar (a)
Bagai bunga kembang tak jadi (b)
Buah langsat kuning mencelah (a)
Senduduk tidak berbunga lagi (b)
Sudah dapat gading bertuah (a)
Tanduk tidak berguna lagi (b)
Timang tinggi-tinggi (a)
Sampai cucur atap (b)
Belum tumbuh gigi (a)
Sudah pandai baca kitab (b)
Dalam aktiviti menulis, guru boleh menggalakkan murid mengarang pantun secara berperingkat-peringkat. Langkah-langkah yang berikut dicadangkan bagi murid-murid di sekolah rendah.
a) Tentukan isi/tema pantun.
b) Tuliskan maksud pantun dalam dua baris (tidak semestinya ayat yang lengkap, memadai patinya sahaja).
c) Isikan dua baris pembayang maksud.
d) Jadikan pembayang maksud dan maksud sebagai satu keseluruhan.
Perlu diingat pantun yang baik mempunyai rima berselang yang sama dan bahasa yang indah. Suku kata yang membentuk rima yang sama sebaik-baiknya biarlah tepat.
Lihat contoh berikut:
Untuk pintu, gunakan perkataan yang mempunyai suku kata 'tu' juga di hujung,
seperti : kutu, satu, batu, ratu
bukan : susu, lucu, dagu
 
Untuk bara, gunakan sara, mara
bukan : rasa, baca, cuba
Berburu di padang datar (a)
Dapat rusa belang kaki (b)
Berguru kepalang ajar (a)
Bagai bunga kembang tak jadi (b)
Buah langsat kuning mencelah (a)
Senduduk tidak berbunga lagi (b)
Sudah dapat gading bertuah (a)
Tanduk tidak berguna lagi (b)
Timang tinggi-tinggi (a)
Sampai cucur atap (b)
Belum tumbuh gigi (a)
Sudah pandai baca kitab (b)
Dalam aktiviti menulis, guru boleh menggalakkan murid mengarang pantun secara berperingkat-peringkat. Langkah-langkah yang berikut dicadangkan bagi murid-murid di sekolah rendah.
a) Tentukan isi/tema pantun.
b) Tuliskan maksud pantun dalam dua baris (tidak semestinya ayat yang lengkap, memadai patinya sahaja).
c) Isikan dua baris pembayang maksud.
d) Jadikan pembayang maksud dan maksud sebagai satu keseluruhan.
Perlu diingat pantun yang baik mempunyai rima berselang yang sama dan bahasa yang indah. Suku kata yang membentuk rima yang sama sebaik-baiknya biarlah tepat.
Lihat contoh berikut:
Untuk pintu, gunakan perkataan yang mempunyai suku kata 'tu' juga di hujung,
seperti : kutu, satu, batu, ratu
bukan : susu, lucu, dagu
Untuk bara, gunakan sara, mara
bukan : rasa, baca, cuba
a 
Subscribe to:
Comments (Atom)
